Monday, January 31, 2011

RINDU HARAMAIN..

Labbaik… Allahumma Labbaik..
Ya Allah.. aku datang kepadaMu..

 Setahun bakal berlalu namun kunjungan sebagai tetamu Allah masih segar dalam ingatan. syukur dengan rahmat Allah yang memilih hambaNya yang serba kekurangan ini menjadi tetamuNya. Alhamdulillah..sesungguhnya jika datang seruan itu, segala urusan akan dipermudahkan.

Februari 2010...

februari muncul lagi.. menghimbau kembali februari 2010 hati menjadi sayu.. hati nekad untuk teruskan hajat yang lebih elok jika ditakrifkan sebagai NAZAR yang tertangguh selama 2 tahun walaupun hanya seorang diri..
tanpa mahram atau muhrim sebagai peneman membuatkan hati perempuan saya ini sedikit gentar. Berbekalkan nasihat dan pandangan daripada ustaz-ustaz yang ditemui sepanjang tempoh berkursus bahawa saya akan menumpang jemaah muslimat yang lain yang telah diaturkan oleh pihak Tabung Haji, maka sedikit demi sedikit hilang kegusaran dan debaran dihati.

Bermula februari 2010 maka bermulalah proses pendaftaran, penyediaan passport sehinggalah persiapan dari segi rohani dan jasmani serta keperluan-keperluan lain untuk menunaikan umrah yang diuruskan sendiri bagi perjalanan yang dijangkakan pada 20 mei 2010. Sesungguhnya masa terlalu terhad.  Hujung minggu diisi penuh makna kerana tidak mahu mengganggu urusan-urusan rasmi di pejabat.

Masjid Jamek Seberang Jaya

lokasinya hanya bersebelahan dengan lebuhraya utara selatan. masjid yang sering dilintasi oleh pengguna-pengguna lebuhraya yang menghala ke alor setar/sg.petani. Di sinilah lokasi singgahan saya di setiap pagi hujung minggu bagi mengikuti kuliah yang bermula Februari 2010.


Kuliah yang bermula pada pukul 8.30 pagi akan berlanjutan sehingga 12.30tgh ataupun sehingga masuk waktu zohor. sesi kuliah mungkin sama di semua tempat yang dianjurkan oleh pihak tabung haji. pendekatan yang dilaksanakan adalah sesi penerangan serta soal jawab mengenai bab-bab haji dan umrah. sungguh aktif para jemaah yang kebanyakkannya terdiri daripada warga emas bersoal jawab dengan ustaz.



 bersambung...

Tuesday, November 2, 2010

Bones of Love

Why are you so sad
And why is it so bad
When some one leaves you behind..

Won't you ever know
Don't you realize
It's just a part of life
When you fall in love
With some one some time
It's smile with a broken heart..

but when you falling in love
With Allah....
The bonds of love survive..

No mountain too high when there's a will
No river too wide believe there's a way
Come to Allah you'll never fail
The truth's so close it shall prevail....

Oh Allah, we belong to You
And everything we do
We do it all for You...

Oh Allah, always by our side
Guiding us to the light
Everything shines bright
No matter day or night...